Tuesday, September 05, 2006

Jom pi mengngai !!

Assalamualaaikum...

Salam Sejahtera...

Kali saya nak bercerita sedikt mengenai tempat popular bagi kaki mengngai. Kalau di Teluk Kumbar, Pulau Pinang memang banyak tempat yang sesuai bagi mereka yang dalam kepala otak mereka asyik dok ingai pasai mengngai. Kalau nak pi mengngai kita kena tau nak pi cari atau beli umpan segar kat mana. Kalau yang ada jala boleh pi menjala belanak kat jeti Teluk Kumbar (Dekat dengan balai Polis Teluk Kumbar). Kalau nak beli umpan ikan kembong segar boleh pi beli pada waktu pagi di Taman Sahabat.

Tempat yang paling senang untuk para kaki mengngai untuk melepaskan gian adalah di Tanjung Asam.'Spot' yang sesuai untuk yang membawa family berkelah di tepi pantai. Tapi kat sini ikan yang paling popular untuk makan umpan kita ialah gelama dan duri. Sekali sekala tu ketuka pun sambaq juga.
Kalau pi atas sikit sebelum bangalow ada 'spot' baik punya. Nama tempat tu Tanjung Karang. Pantai pasirnya luas juga dan ada juga pantai berbatu yang sesuai untuk kerapu dan gelama. Tapi nak pi kat sini kena turun bukit sikit. Kalau naik motorsikal kira oklah tak penat sangat.
Pi atas lagi kita akan sampai kat kawasan bangalow. Kawasan ni pun sesuai untuk membawa family mandi manda. 'Spot' yang sesuai juga untuk memancing di kawasan pantai berbatu.

Tempat paling famous ialah lebih kurang 100 meter dari kawasan bangalow. Penanda dia ada pokok buluh. Jumpa aje pokok buluh kat situ terus turun bukit sikit dan ikan yang selalu sambaq ialah senangin. 'Spot' ni sesuai untuk golongan mesin rod atas pasal boleh lontaq jauh ketengah laut umpan kita tu.
Lepas tu kita terus ke Gertak Sanggul. Tapi kat sini hanya yang bermotorsikal sahaja akan tiba kat tempat memancing dengan mudah sekali. Kalau berkereta, anda perlu meletakkan kereta di penghujung jalan di Gertak Sanggul dan anda terpaksa menggunakan kaki anda untuk sampai ke tempat memancing yang terletak lebih kurang 3km. Jadi anda dinasihatkan untuk bermotosikal sahaja. 'Spot' terbaik adalah di sekitar Batu Merah.Kat sini kena caj parkir Rm0.50. Nama lain bagi kawasan ini ialah parking 5 kupang. Memang popular kat sini. Ikan yang selalu menganas adalah siakap bongkok, siakap merah, jenahak, gerut-gerut, kerapu, pari dan gelama. Umpan yang paling sesuai adalah udang segar dan belanak hidup.
Kalau nak adventure lagi pi terus kedepan lebih kurang 1km dan anda perlu menuruni bukit lebih kurang 1km dan sampai ditempat yang diberi nama Pasir Panjang. Perlu berhati-hati kerana ramai pengunjung bertemu dengan Tedung Selar(King Cobra) disini. Tempat yang belum tercemar. Pasir pantainya yang putih melepak sepanjang 2km. Hanya perlu mengngai di sepanjang pantai sahaja. Ikan yang famous di sini ialah Puting Damaq. Gunakan umpan cacing laut dan saiz mata kail kedua terkecil, insyaAllah sekali angkat 2 ekor sekali. Ikan Puting Damak ni kalau kat pasar harganya RM15 sekilo. Cukup sedap kalau buat asam pedas. Selain ikan puting damak ikan-ikan lain yang ada kat sini ialah Senagin, Siakap, kerapu dan ketuka. Pastikan anda membawa bekalan air minum dan makanan yang mencukupi apabila anda merancang untuk mengai di Pasir Panjang ini, kerana nak sampai kat sini sememangnya meletihkan.
Perkhidmatan bot untuk mengngai di Pulau Kendi juga ada disediakan di Tanjung Asam. Kadar satu perjalanan ialah RM80 maksima 4 orang sahaja. Bot ini akan menghantar anda ke Pulau Kendi pada waktu pagi dan akan datang pada petangnya untuk mengambil anda balik ke Tanjung Asam. Ikan yang selalunya di bawa balik ialah Tenggiri, kerapu, gelama, Pari dan baracuda.

Kepada kaki mengngai yang datang ke sini pada hari Ahad atau cuti kelepasan am, anda bolehlah menikmati hidangan laksa Penang yang paling popular di Teluk Kumbar iaitu laksa paksu bai atau laksa maksu som. Pada hari tersebut roda tiga paksu bai akan berada di Tanjung Asam.

Mengngai - sama erti dengan memancing atau mengail

Sekian .

Pembangunan Di Teluk Kumbar & Balik Pulau, Penang

Bulatan Kecil yang menjadi
mercu tanda di Balik Pulau



Assalamualaikum...

Salam Sejahtera,

Ada satu cerita pasal pembangunan tak adil di kawasan Barat Daya Pulau Pianang ni....

Pemaju perumahan yang kebanyakannya orang bukan Melayu akan menyiapkan rumah dengan kadar yang tidak mampu dimiliki oleh orang melayu. Bayangkan harga rumah di Teluk Kumbar berharga RM550,000 dan satu lagi di Gertak Sanggul yang berharga RM468,000. Tanah yang di beli dari orang melayu akhirnya akan diduduki oleh bangsa lain kerana orang melayu kita tidak mampu membeli rumah yang terlalu mahal.
Ada satu lagi projek rumah mampu milik yang telah pun dirasmikan oleh PM kita Dato' Seri Pak Lah sebelum pilihanraya yang lepas iaitu di Bukit Belah. Keadaan serupa terjadi. Rumah murah hanyalah rumah sarang merpati manakala rumah bawah atau teres yang akan dibina hanyalah rumah 3 setengah tingkat. Apasal buat rumah bawah sampai bertingkat-tingkat tak bolehkah buat rumah bawah setingkat. Kalau dikaji balik tujuannya hanyalah untuk membolehkan pemaju menjual harga tersebut melebihi RM300,000 agar orang melayu tak boleh beli. Kalau tuan puan tak percaya boleh lihat papan tanda di pintu pagar masuk ke projek ini di Bukit Belah.
Pemantauan perlu dilakukan agar rumah yang akan dijual tidaklah terlalu mahal. Jika harga sesebuah rumah itu dibawah paras RM220,000 ada kemungkinan ramai orang melayu yang mampu membelinya. Tidak perlulah ramai orang melayu di Pulau Pinang mencari rumah yang yang harganya RM200k di sebelah tanah besar seperti Kulim, Sg. Petani, Nibong Tebal dsbnya. Lama kelamaan hilanglag melayu di kawasan pulau..............."Takkan melayu hilang di Penang"..

Fikirkanlah...

Monday, September 04, 2006

Melayu Pulau Pinang Harus Bangkit Dari Tidur

Assalamualaikum...Hai,

Apa khabar pembaca sekelian,

Saya menulis berdasarkan pengalaman saya yang tinggal di Teluk Kumbar iaitu salah satu kawasan di Barat Daya Pulau Pinang yang boleh dikategorikan sebagai kawasan tertinggal dari arus pembangunan pesat Negeri Pulau Pinang. Sebagai anak jati di sini, apa yang saya dapat perhatikan ialah ramai anak -anak remaja melayu yang ketinggalan dari segi menuntut ILMU. Ramai di kalangan remaja disini rata-rata hanya berpendidikan setakat PMR(SRP) atau SPM sahaja.
Ramai sekali remaja di sini yang menanam cita-cita untuk terus bekerja selepas tamat pengajian tingkatan 5. Kerja pilihan mereka ialah di 'Silicon Valley' di kawasan Perindustrian Bayan Lepas.
Inilah yang menjadi penyebab kenapa semangat juang untuk ke menara gading tidak kesampaian kerana mereka hanya menjadikan senior-senior lepasan sekolah mereka sebagai idola kerana boleh memiliki sebuah motosikal kapcai selepas sahaja memulakan kerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian Bayan Lepas.
Wawasan yang terpahat di fikiran mereka hanyalah untuk memiliki sebuah motor kapcai agar dapat melakukan aktiviti menunjuk-nunjuk, berlumba haram, mengusung anak dara orang dan yang terbaru ialah menjadi 'mat rempit'.
Ini terbukti kerana dalam edisi siasatn(NTV7) yang disiarkan pada hari Ahad 3/9/2006 menunjukkan hampir 99% mat-mat rempit adalah terdiri daripada remaja-remaja melayu.
Apa yang sedang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO perlu dipanjangkan lagi kepada bagaimana untuk membolehkan remaja-remaja melayu ini dapat memiliki tahap pendidikan yang lebih lagi iaitu sekurang-kurangnya diperingkat diploma atau ijazah.
Rata-rata ibubapa remaja ini terdiri daripada golongan nelayan dan juga pekerja kilang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa yuran pengajian ke IPTA atau IPTS adalah dalam RM ribu-ribu, jadi dari situ juga membuatkan semangat berjuang remaja-remaja kita luntur apabila mendengar keluhan ibubapa mereka yang mengatakan Yuran yang mahal.
Bagaimana melayu nak maju kalau tahap pendidikan remaja melayu kita hanya setakat sekolah menengah sahaja.!! FIKIRKANLAH.............?

Sekian.